Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Lost World of Tambun :)

Bismillahirahmanirrahim 

Alhamdulillah, merasa jg smpai ke Lost World of Tambun, Perak  boleh tgk di sini .Actually cuti kali ni mmg xrancang nk pg jln mn2 memandangkan nk masuk rmh baru. My husband dpt plak job ambil gmbar kat Ipoh, Perak. Alang2 dh ke sana, brjlnlah skali. Lagipun mmg ade rmh sepupu kt sana. Punyalah smangat nk pg Tambun, kami bertolak pg tu around 0715 a.m sbb nak smpai sana before Tambun tu buka. Tp bila kami sampai sana, rmai dah yg ade.Pyrlah rmai time tu, adelah 4-5 group company besar buat family day kt sana. 

Disebabkan rmai sgt dh kt area water park jdi kami pglah main dulu kt amusement park. Xdelah byk mainan mcm kt genting.

Tengok en suami, action je tu jerit2 

hm, naik ni x sama mcm kt genting

Mama jg yg xdpt naik



Wlaupun mainannye x byk mcm kt genting, mama tetap xdpt nk naik, kena jga damia. Bagi peluang bibik2 damia nak bersuka ria.hihihi( jgn mare, nnt kn jual ). Lpas tu kami pun mulakanlah aktiviti di Water park. 




Ni kids pool. Dpt ambil gmbr skit jer sbb sume nk main air kn. 

Damia syok main pasir kt sandy bay ni.
Lepas puas main area ni, kami ke hot spring plak. Masa ni sume dah trjun pool, best wooo, air panas. so, xde gmbar pun ambil kt sini. Boleh tgk gmbr2 kt websitenye, klik sini . Paling best bila dlm lost world steam cave, mcm dalam sauna. Dah pnat main air, kami rehat jap, mkn2, solat and salin bju. ptg tu kami ke petting zoo plak.

Depan pintu masuk


 Boleh plak merpati tu gduh ats kpale acu
 Berat btul burung ni, mcm pkai sanggul je
 M cik control cuak
My husband, Dzul Helmi


Thanks to my husband sbb bwa kami jln2 :) nnt boleh bw jln2 lagi ye bang 

Thursday, December 9, 2010

Sayonara

Ambil mood nk pindah  sekejap



Sebahagian daripada anak didikku.( maklumlah last day sek, so rmai yg xdtg) 
Tak lepaskan peluang bergambar dengan pelajar 


~ Staff room ~

Pn. Hjh Habibah ( Guru Besar SKTBS )

Dari kiri ( belakang ) : K Ja, Akmar, K Wa
Dari kiri (depan) : K Ilah , K Ezrin & K Elmi 

Dua org dlm gambar ni pun dapat pindah. Kak Ja berpindah ke Kedah dan Akma ke Perak .  Semoga sukses di tempat baru .
Kak Fadzilah bersama Ain. 


K Ezrin, nnt pi rmh kak ipar, singgah rmh yer. nnt dah tmbh 3 bgtaulah .hihihi

K Elmi, nnt jalan2 ajak skali. nnt pg KL, leh tumpg rmh.

Kak Ilah, mama danish, kwn damia. nnt msuk rmh baru, jmpt housewarming ye. 

 huwaaaaa........ i'll be miss all of you. Tapi xpe. Hidup perlu diteruskan. Tempat baru, kn dengan semangat baru.anyway, semalam dah dapat surat penempatan dan Alhamdulillah, ditempatkan ke SK Undang Rembau, 15 minit perjalanan daripada rumah kami .

Tuesday, December 7, 2010

Setelah sekian lama

Alhamdulillah, 24.11.2010 ( rabu ) lepas, dapat hang out dengan kwn2 sek lama dulu. seronok sgt sbb dah lame sgt xjmp kwn2. Kwn2 1 bilik masa di sek men dulu.hihihi. wlaupun xcukup corum tp kami kumpul jg. ( mcmlah ramai sgt :p) Thanks to Ayong coz arrange kn prjumpaan ni. kalo hrpkan mak2 org ni, bila tah nk jmp.

Kami ke putrajaya, rmh munee pg tu.Kebetulan munee cuti time tu, almaklumlah dr slalu busy. Duk rmh dia, main2 dgn nuaim, mkn skit2.Then kami pg Alamanda plak.Ha, bila kaum prempuan dpt peluang kluar, smpai ptg kami round Alamanda.


Bergambar bersama Nuaim & Damia 
Nilah dia Ayong and Dr. Muneerah


Tengoklah Damia & Nuaim semangat mkn.

Lagi sekali nak ucapkan terima kasih kepada Munee, sbb dpt luangkan masa bersama2 kami  and Ayong sbb blanje mkn  :)
Pasni, xpyh tggu 5 thun skali yer. kita buat annual year pyer. hihihi

Tuesday, November 30, 2010

Bila isteri2 orang dapat peluang....hihihi

Ha, inilah yg terjadi bila bini2 org dpt kesempatan hang out sama2. bhaya kan...( hehehehe)


   .........

............
........

......


Jeng jeng jeng 



Tengoklah kak ilah dgn kak ezrin tu

Pilih jgan x pilh yer.


Selaku photogrpher x bertauliah 
K Elmi turut serta 
Nilah peneman kami berempat. sibuk suh ambil gmbr doremon dia 
Tengoklah tu, ksian adik2 ni nk simpan blik




Akhirnya, posing dengan hasil tngkapan msing2.huhuhu, gmbrku je xde 

Monday, November 22, 2010

Tolong, saya dah muak dengar

       Semalam, kami kluar lunch di PizzaHut. dah lama rasanya x pi mkn pizza. Bkn nk cite pasal pizza di sini yer. Sambil kami mkn2 tu, terdengar perbualan orang sebelah. ( bkn terdengar actually org tu ckp kuat2 mcm nk bgi sume dgr ) hihihihi...

Person 1   : Keje cikgu ni senang, blik awal. Cuti pun banyak.  

Person 2  :  hm, yelah ( sambil tekun dgr kwn nya berhujah ) 

        Actually panjang  berjela lagi diorang tu borak. kami msuk kdai tu smpai selesai diaorg x juga abis mkn smbil borak. Drpada perbualannya tu, dptlah saya simpulkan yg Person 1 td rupanya apply nk jadi cikgu. Tapi mindset nya bila bercakap mcm tu, menunjukkan career guru ni dipilih sebab senang. Agak dah selalu sgt dgr org ckp tugas guru ni senang. Kalo lah semudah itu, rasanya semua xnak dah keje lain, pakat jadi cikgu rmai2. Menjadi cikgu memang mudah tp berapa kerat yg berjaya mendidik anak-anak murid. Kalo setakat masuk kelas dan mengajar, alangkah mudahnya. tapi guru sekarang di galas tugas dgn bermacam2 seperti pengkeranian, ko-kurikulum, pengurusan bilik darjah, program2 sekolah yang bertimbun2 dan lain2 lagi. pendek kata, kalo blik rmah awalpun, keje blum tentu selesai.

          Kalo ingin bercita2 menjadi guru, pastikan anda btul2 berminat menjadi pendidik. Kalo setakat nk dpt keje, pilihlah kerjaya yg lain. Risau2, kalo dah set kt minda, kerja guru ini mudah, anda akn tergolong dlm kumpulan guru yg hanya melepaskan batuk ditangga. 

Anak-anak pewaris masa hadapan. Guru & ibu bapalah yg membentuk.
P/s- peringatan tuk diri saya jg :p


Aidiladha 2010

Alhamdulillah, selepas 6 hari di kmpg halaman, kami selamat smpai ke Shah Alam semlm.  Mcm beraya sakan plak. hihihi. Seperti biasa, pagi kami bertolak blik ke kmpg belah mak di Batu Kikir. Pagi2 kami dah ke surau utk menunaikan solat aidiladha & mendengar khutbah. Mujur m cik2 damia ramai, leh tlg tgkkan dia smentra mama solat. lepas tu blik rmh wan, mkn2 dulu sebelum menziarahi kubur. blik shaja dari mnziarahi kubur, org dah rmai tuk acara korban plak. kmpg kami ade 4 ekor lembu.masuk skali kmbing aqiqah sepupu najwa lagi. meriah!!! alhamdulillah. rezeki nk dapat BBQ kambing mlm tu plak. Kt bwah ni ade bbrpa gmbar masa hari kjadian  ;p
Bersama mok cik2 a.k.a bibik damia.hihihi( jgn mare ye)

Damia bersama m cik najwa ( yg buat aqiqah thun ni )



Kami sekeluarga


 Kami x sempat nak ambil gmbar acara qurban dan aqiqah.Kena blik Johol plak sebelah husband. Kemeriahan BBQ pun xde dlm gmbar. Ape2pun., semoga kita menghayati maksud qurban yang sebenar

Monday, November 8, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal

Bila melayari fb td, saya terbaca 1 note dari kawan .Sangat tertarik dan saya sertakan di sini. 

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

picture credit to my husband, dzul helmi



Saturday, November 6, 2010

Trip to Singapore


Alhamdulillah, bln 7 yg lpas, km sekeluarga berpeluang ke Singapore. Family m cik murshidah pun ikut sama.Trip yg sekejap je, 3 hari 2 mlm tp pgramnye sgtlah pack .Kami mnginap di Frangrance Hotel Saphirre @ Geylang.


Inilah hotelnya, nmpak biasa jer tp sama mcm hotel 3 bintang kt malaysia.




Hari pertama (Jumaat)~ Kami xsempat nk pergi ke mana2 memandangkan smpaipun dh mlm. so, kami hanya berehat di hotel.  

Hari kedua (Sabtu) ~ hari yg sgt pack. kami berjln dari pagi sampai mlm. Bak kate m cik, boleh trtggal lutut. hihihi. Mulanya kami pergi ke sekitar china town, arab sreet dan kmpg melayu, glam. lpas2 km pg ke orchard road. sume tmpt shopping yer. Disebabkan km ke sinipun bkn bertujuan bershopping, jdi pg sanapun, just cari soveniour. Dan tmpt yg perlu pergi pastilah patung merlion kt tgh ibu kota singapura. itulah lmbg identiti kota ni. ( eh, kalo salah, btul kan yer) . cangih2 bgunan disekitar ptung ni.

 Merlion, simbol kota singapore.

Pada petangnya, kami mula masuk ke Pulau Sentosa. Tmpt pertama yang kami pergi adalah merlion tower. dari sini km boleh melihat keseluruhan pulau sentosa. Kemudian kami ambil kesemptn naik sky tower plak. yg ni lagi tinggi ,boleh nmpak 1 singapore. Memandangkan ade masa lagi smntara tggu Songs of the Sea  Show pkl 8, kamipun trylah naik skyride. fuh, menakutkan jg naik mende ni. tkut jtuh je ke bwh, sbb kita hnya dihadang oleh 1 besi pd tmpt duduk. bila kt atas, angin tiup, bergoyang2 jer. mcm terapung   kt atas jer. 

Sempat bergambar di mulut singa ni


Inilah yg di panggil skyride. menakutkan x?

Pemandangan ketika naik skyride.
Mlm tu kami menyaksikan persembahan songs of the sea. Xde plak gambar. Persembahan ni mggunakan cahaya. sangat cantik. sayang visual yg kami rakam x brp jelas. guna cahaya dan muzik, sgt menarik. rugi kalo pg x tgk show ni. 

Hari ketiga ( Ahad) ~ hari terakhir kami di sini. Kami habiskan masa kami di Universal Studio. Mmg best!!! tp sayangnya kami x sempt hbispun round satu US disebabkan mgejar masa nk blik airport. Siap ckp dgn my husband, next time kn dtg sini smula. Paling best yg sempat kami lihat di castle, dpt tgk cite SHREK 3d. siap efect2 lagi, kn air, meloncat2, real. mcm kita plak yg berlakon. dapat tgk madagascar show, mcm2 lagilah.
Di depan Far Away Castle



Hypo kt blkg kami :)
Kalo ade kelapangan kami, mmg nk pergi semula ke Singapore ni, ade beberapa tmpt yg xsempt lagi kami pergi. hihihihi.




Wednesday, November 3, 2010

Solat selepas haid : perkara yang dipandang ringan


Sekadar mahu berkongsi dengan rakan-rakan

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan 
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti  dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu" 

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.. 

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : 
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar. 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali) 
HURAIAN MASALAH : 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? 
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? 
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor. 
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : 
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'. 
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku) 
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah. 
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!! 

Semoga kita dapat memperbaiki amalan seharian kita untuk bekalan di akhirat sana

Tuesday, November 2, 2010

2 tahun yang lalu

Kenapa ye dgn 2 tahun yang lalu ?????

Hihihihi........tarikh yang xkan kulupakan 23hb Mei 2008. Aku sah menjadi isteri kepada Dzul Helmi :)
Perkenalan di universiti berakhir dengan perkahwinan, alhamdulillah. Eh, ye ke knal masa kt U.hehehehe, actually pas SPM lagi dah kenal tp masa tu mnlah trfikir dia akn jdi suamiku. masa tu budak2 lagi. Kami bertunang selama 7 bln kemudian kahwin. Khwin wktu blajar tu. masa tu x abis lagi KPLI kat ippm, melaka. Tp bila fikr blik , ape nk hairan, org yg dah ade ankpun ambil KPLI. mane nk urus anak lagi, rmh dan mcm2 lgi.
06.07.08 ~ Ketika majlis sambut menantu, sekali 2 pengantin.Yang lagi 1 tu, pasangan abg iparku



Ketika makan beradab

Honeymoon @ Langkawi~ Pelangi Beach Resort


Semoga perkahwinan kami bahagia dunia akhirat. Dikurniakan anak soleh solehah dan diberkati Allah. 



Kelahiran Damia Humairah

Alhamdulillah, usia Damia sekarangpun  dah 1 thun 2bln.Kenangan masa mlahirknnye fresh lagi.hihihi. cepatnye masa berlalu....


07/8/09 Jumaat

Kami pergi bekerja seperti biasa walaupun pd masa tu doc dh bg mc for one week.Malang tidak berbau, Aku terjatuh ms nk masuk kelas.Alhamdulillah tiada sebarg bleeding tp hati msih risau memikirkan bby dlm perut so terus call my husband.Dia decide tuk pg klinik dan aku terpaksa menunggu shingga dia smpai dari KL.Masuk harini dah 39 minggu.dan ikutkan due , 13hb Ogos ni..x lame lagi..

kami pun terus pergi ke Klinik Alamedic Bukit Jelutung,klinik yg mmg biase kami buat check up every month smpai kndungan baby 7 bulan.Klu ade sakit pape pun mmg kami akan ke klinik ni...Sampai2 sana,tgk ramailah pulak patient nye..adus,,lame jugak la ni nk kene tggu..xpelah.tggu jelah. Lebih kurang jam 11.15am baru namaku dipggil.. Lepas doc check sume,die bg advise better untuk refer terus ke SJMC. Kami pun xde pilihan, terus bergegas ke SJMC. Smpai sana,terus kene buat fetal monitoring(CTG) nk tgk pergerakan baby,heart bit n contraction. Lame jugak nk menunggu tuk buat tu..So,leps sejam buat,graf nye dah ade menunjukkan contraction every 5 minutes. At that time,Doctor Delaila pula ada patient tuk surgery so she just asks me go to labour room.

Di Labour Room

Jam 3 ptg,aku dah kene masuk dlm labour room. sepanjang di situ,dipasang alat CTG untuk monitor heart bit n contraction..6 ptg doc dtg cek,bukaan masih 1cm..doc kate kate alang2 dah ade dlm labour room ni, baik teruskan jelah kn.,aku pun hanye ikutjelah. Nurse tu pun sediakan induce. Pada masa ni, sakit xlah kuat lagi so smbil boring2 tu,tgk2 la cikit tv.hehe,,smbil borak2 dgn husband.Rasa lega sgt bila dia ade di sisi pd saat2 mcm ni.tp semakin lame, smakin kuat sakit contraction.Semalaman xdapat tido kerana menanggung kesakitan.Suamiku xputus2 memberi kata smangat disamping membacakan ayat2 suci.then,smpai pkl 7 pg keesokan harinya,bile nurse cek,,bukaan hanye 2cm..Fuh,lame lagi nampaknye ni..Igtkan pagi2 tu dah boleh tuk deliver..Disebabkan tidak tertahan sakitnya,nurse beri pain killer dan menyebabkan trtido, lame jg rasanya.


Penantian yg penuh mendebarkan (8/8/09)

Jam menunjukkan pkl3. pd ketika tu mmg betul2 dah xthn sakitnye n doc advice tuk amik epidural coz dah lame sgt dan dr tkut pengsan plak nnt.bukaan bru 4cm..Aku pun xde pilihan,setuju je dgn cdgn doc.Masa tu mmg  rasa dah nk abis nyawa.Lepas masuk epidural,baru la lega cikit kesakitan yg amat sgt tu.Terkenang balik,begitulah sebenarnye pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak..Kesakitan yg tidak boleh digambarkan.Hanya Allah mengetahuinya.Jam sudah pukul 6ptg.Sakit mula kembali.Bukaan sudah 9 cm. Then nurse ajar cara2 untuk push. Suamiku terus duduk disisiku dan bg kate perangsang azE..6.30ptg Dr Delaila smpai..mgkin masa nye telah hmpir untuk baby keluar.Pada ketika itu, aku rasa hanya kedengaran suara suamiku memberi kata smangat.

Akhirnya tepat jam 6.43ptg, Damia Humairah selamat dilahirkan..Subhanallah,sungguh menakjubkan.Aku dapat melihat secara live kelahairan damia..Mengalir air mata kesyukuran tatkala melihat die keluar dr perut. Then Dr terus bg gunting pada suamiku untuk guntingkan tali pusatnya..Then terus timbang baby. Beratnya 2.82kg.Xla besar sgt,xla kecik sgt..Keluar2 je DAMIA terus buka mate..hihi. Kemudian ayahnya terus iqamatkan Damia..

                                         fresh from oven....hihihi
Bersama Ayah tersayang :)


                            
                   
Setelah dibersihkan :)



itulah pengalaman yang mama xleh lupakan.

Monday, November 1, 2010

My first entry

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera & salam perkenalan :) 


 Ini gambar kami sekeluarga Aidilfitri 2010. Masa ni raya di Johol, Negeri Sembilan. kmpung sbelah husband.